Monday, December 20, 2010

Sepuluh-Film Indonesia


Genre: Drama Sinopsis: Mencari Kesempurnaan Cinta dalam Ketidaksempurnaan Hidup. Kisah perjuangan hidup seorang ibu bernama Yanti ( Rachel Maryam) dalam mencari anaknya yang hilang, seorang ayah bernama Thomas (Ari Wibowo) yang ingin menjalin kembali hubungan yang erat dengan putranya, serta seorang anak jalanan bernama Mongki bersama kawan-kawannya yang harus menghadapi kekerasan dan ketidakadilan kehidupan anak jalanan dan dunia hitam. Ketiganya akhirnya dipertemukan kembali setelah sekian tahun berpisah, meskipun itu terjadi ditengah perjuangan mereka menghadapi masalah dalam hidup masing-masing. Pelakon: Ari Wibowo, Rachel Maryam, August, Melasz, Keke Harun, Yofana

KLIK DISINI > Sepuluh-Film Indonesia




Filem Sepuluh (di adatapsi dari kisah benar) adalah filem dari Indonesia yang saya suka tonton selepas Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, dan ayat-ayat cinta..disini saya bukanlah mahu mengagung-agungkan karya dan martabatkan filem dari Indonesia..tetapi saya nilaikan dari segi jalan cerita dan keberkesanannya yang sampai di hati saya. Saya suka watak Mongky dalam filem ni, anak jalanan yang ada stail!! dengan rambut panjang tetapi lagaknya agak boyish, rasanya tidak rugi menonton kerana filem ini membuat kita berfikir dan berpijak di bumi yang nyata serta membuka mata kita bahawa di dalam dunia ini masih ada lagi kanak-kanak yang tercicir untuk ke sekolah dan menjadi hamba untuk melakukan pekerjaan dan meminta sedekah oleh orang dewasa yang tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan. Sangat menyedihkan ketika menonton Sepuluh. Jika kita masih punya nurani, kita akan terpukul dengan isinya. Apa yang penting, anda semua cubalah menonton dahulu filem Sepuluh dan nilaikan sendiri..


Punk Rock Jalanan-lagu yang didendangkan oleh anak jalanan ketika meminta sedekah dalam filem ni:-
lirik lain sikit tapi yg ni versi best..
enjoy!!!! hehe


Saturday, December 18, 2010

spenderman~

danish oh danish~
(maseh ingat ini cerita kawan-kawan???)


Danish- nampak aje hensem, badan tegap, ade ekor, berbangle bagai..tp! hati lembut yang amat
haha!! ni lah anak murid aku,manja yg amat..slalu nangis xmo datang sekolah.
nilah nak story skit pasal spendernyer..
aauww, lucah plak..sory ye danish, cikgu terpaksa bocor rahsia awwq untuk tontonan aumum..lgpun niat nk tulis blog ni memeg nak cerita pasal anak2 murid untuk dikongsi bersama teman..ngeh3
Danish ni memang seorang yg kemas dan pembersih, tengok mak ayah pun sgt2 la menjaga penampilan..
kalau berpakaian memang kene lengkap, dengan tali pinggang, bj tuck in, rambut sapu minyak, pergghh mmg smart..dan plg penting dia rajin pki seluar dalam kalau nk dibandingkan dgn budak2 lain terutama riezhan la..haha..
danish ni duduk kat skolah smp ptg, kira day care lah..sudah selesai mandi d tgh hari, mcm biase bdk2 ni bersiap2 nk pki bj untuk lunch..
tiba-tiba si danish ni nangis, pehal la bdk ni kan..tgk-tgk dia pegang spender,
spender bukan saiznyer...besar punyer spender..kihkihkih...klu danish pki jgk ni alamatnyer terlondeh sepanjang masa..
cikgu pai pun tnye "kenapa awk tak pki spender lg, dari tadi tgk awk asik pegang je spender tu..ada mslh apa??" dan danish pun sambil2 teresak-esak pun ckp.."mama..letak, spender papa.."huaaaaa

apalagi pecah perut la cikgu pai ketawa.. dan terpaksa menenangkan danish..yela bdk yg biase pki spender, tak pki rasa lain kot..nk pki spender yg pagi td dh berlender kot..haha

macam~

mcm mane la mak dia bley salah letak, ble cerita kat principal kitaorg, siap tnye jenama spender tersebut..haha..ada apa dgn jenama??
jeng jeng jeng..

dan biae hntr danish pd mama nyer cikgu pai pun ckp pd mamanyer yg danish meragam sepanjang hari sbb tak dpt pki spender..mama danish jwb pulak kalau tak silap saya dah letak..
kami diamkan aje~
balik umah tau la dia letak spender sape...

ngeh3~

Wednesday, December 15, 2010

ハローキティ(Harō Kiti)

Kitty-Ra


It's All About Hello Kitty


Sejak bila aku minat HK (Hello Kitty) ni?? dulu aku ni menyampah sbb HK ni kucing pelik yang takde mulut!
tetapi akibat sumpahan HK yang dasyat itu, aku mula menjadi HK addict! muahahaha!! kalau boleh from head-to-toe aku nak 'koya' HK.. 
Ehem..tp aku takde la nak addict sangat pun..biasa-biasa saja..dan masih boleh mengawal nafsu dr membeli barangan HK kalau ternampak di kedai atau di internet ..kalau addict sangat nanti ada yang bising,pastu boleh perabis duit gaji aku lagipun biarlah sesuai dengan umur aku yang sweet 23++ ni...ekeke..sesiapa yang tak brapa nak kenal atau nak berkenalan dengan lebih dekat lg dengan si comel HK ni boley la baca Official Character Profile HK dibawah ;-

  • Name: Kitty White


  • Birthday: November 1,1974(lebih tua dr aku ropenyer)

      Blood type: A

      Created by: Yuko Shimizu

      Nationality: Japanese


  • Place of birth: Sanrio, Japan


  • Height: That of five apples 


  • Weight: That of three apples


  • Good at: Baking cookies


  • Favourite food: Apple pie made by Mama (mum)


  • Favourite word: "Friendship"


  • Collects: Small cute things like sweets, stars, goldfish etc.


  • Best school subjects: English, music and visual arts (HK pun pegi skool tau!!)


  • Description: A bright and kind-hearted girl, good at baking cookies and loves Mama's apple pie. Very close to her twin sister Mimmy.



Dan ini pula sebahagian daripada koleksi HK ku..meowwww


heart with jewelley box tuh!! free gift happy meal Mc'D =)


my kawaii kitty's bank..dah saving coins hampir RM200


sebahagian daripada koleksi patung lembut couple HK Mc'D special edition


HK handset holder


a perfect match!!


peti harta karun ku dan panty liner HK, beli semata2 kotak nyer aje..sbb intimate punyer brand tak bagus sgt pun, harap  packaging design HK je cantik..hehe


HK black box



hemmu!! hemmu!! baju HK pongg ade..hehe


keychains kereta kuh = ) yg specialnyer bile tarik je ekor HK tu kepala dia goyang2..tp sayang sebelah tangan hello kitty da hilang angkara anak muridku


my flip flap HK solar, a gift from my abah and HK car air freshener


HK sit belt cover, tissue box and car mat set pun ada tau untuk kereta kesayangan


HK sun shades, klu bapak aku drive, mesti bapak  cabut kan..


arghhhhh!! HK makes my heart melt!!! my favourite HK solar head shaker


HK landyard and HK car sticker..ni la orang cakap "selok"
aku rasa tak pun..kan..kan..kan..


this exhaust not belong to me, but it will be mine one day..ekeke..agak-agak kereta aku nampak poyo tak bila pakai ekzos comeii macam ni??


side mirror macam ni pongg aku nak pakai...jangan jelesss~wiinkk!!wiink!!~


dustbin HK pun ade weii, boleh letak dlm kereta, nak buang sampah kan mudah..tapi harus jaga-jaga disebabkan dustbin ni tersangat lah comei kena jaga betul-betul nanti ada orang curi



HK EDS pun ada dijual..tp yang ni bukan milik saya, tapi adik saya punya..bau nya tidak menepati citarasa pun..hehehe


the white one is mine = ) HK crocs, last year raya punya crocs



nyumm!!yummy!! now i'm stick with HK forever


Ada banyak lagi barang-barang HK macam botol air, bekas makanan, sticker, payung dan mcm-macam nak di upload, tapi cukuplah setakat yang ini dulu kan..hehe..takut-takut nanti ada yang fening plak tengok banyak sangat HK..


see, Paris Hilton pun suka dengan HK kan~

ok lah..jumpa lagi nanti..MESTI SAYANG DENGAN HELLO KITTY = )




















Saturday, December 11, 2010

Fabulous Wedding~

Godek's Big Day


 
Lepas sorang-sorang kawan aku kawen..aku je belum lagi..kuang..kuang..kuang.. anyway..congratulations to my besties sejak dari PLKN lg, Sarina NB dan pasangannya Adam Fuaad yang melangsungkan majlis persandingan mereka pada 3 Disember 2010, nana..you are the most beautifuls bride on dat day = )semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat nanti..amin~ 

Nana..i really love ur pelamin..kawan-kawan aku yang lain pun puji, nampak simple tapi sangat cantik..i liked the clean white background..serba putih mmg i like lah..hehe, biasalah orang Temerloh buat memang ada kelasss gtu!


Dan, pengepit kau yang tak bertauliah langsung dengan assistant pengapit kau memang kuat posing nana, dari mula datang sampai nk ke balik memang asik dok posing sakan atas pelamin kamu..nasib baik tak roboh..kahkahkah

Yanggggg paling aku suka adalah, barbie ini.. kenapa la kiut sangat kau ni nana?? sorry ye nana, gambar ni aku 'terpaksa' cedok kat pesbuk kamu..hehe

Ingatkan kawen nana boleh la buat reunion ex PLKN batch 03..nampak gayanyer kami bertiga aja yang datang..dapat jumpa dengan Mahfuzah pun kat simpang jalan..tapi apa pun memang sangat gembira lah dpt jumpa semula..MISS U ALL SO DAMN MUCH..eiiii
Semoga kita semua dapat berjumpa lg = )

Sesungguhnya setiap perkahwinan itu dibina diatas nilai Kasih Sayang, Kecintaan dan Kerahmatan. Firman Allah Taala:

قال الله تعالى: [الروم: 21]، ومن آياته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجاً لتسكنوا إليها، وجعل بينكم مودة ورحمة


Adalah sukar dan mustahil untuk mencapai matlamat Kasih Sayang, Kecintaan dan Kerahmatan sekiranya perkahwinan yang dibina secara paksaan.