Monday, December 20, 2010

Sepuluh-Film Indonesia


Genre: Drama Sinopsis: Mencari Kesempurnaan Cinta dalam Ketidaksempurnaan Hidup. Kisah perjuangan hidup seorang ibu bernama Yanti ( Rachel Maryam) dalam mencari anaknya yang hilang, seorang ayah bernama Thomas (Ari Wibowo) yang ingin menjalin kembali hubungan yang erat dengan putranya, serta seorang anak jalanan bernama Mongki bersama kawan-kawannya yang harus menghadapi kekerasan dan ketidakadilan kehidupan anak jalanan dan dunia hitam. Ketiganya akhirnya dipertemukan kembali setelah sekian tahun berpisah, meskipun itu terjadi ditengah perjuangan mereka menghadapi masalah dalam hidup masing-masing. Pelakon: Ari Wibowo, Rachel Maryam, August, Melasz, Keke Harun, Yofana

KLIK DISINI > Sepuluh-Film Indonesia




Filem Sepuluh (di adatapsi dari kisah benar) adalah filem dari Indonesia yang saya suka tonton selepas Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, dan ayat-ayat cinta..disini saya bukanlah mahu mengagung-agungkan karya dan martabatkan filem dari Indonesia..tetapi saya nilaikan dari segi jalan cerita dan keberkesanannya yang sampai di hati saya. Saya suka watak Mongky dalam filem ni, anak jalanan yang ada stail!! dengan rambut panjang tetapi lagaknya agak boyish, rasanya tidak rugi menonton kerana filem ini membuat kita berfikir dan berpijak di bumi yang nyata serta membuka mata kita bahawa di dalam dunia ini masih ada lagi kanak-kanak yang tercicir untuk ke sekolah dan menjadi hamba untuk melakukan pekerjaan dan meminta sedekah oleh orang dewasa yang tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan. Sangat menyedihkan ketika menonton Sepuluh. Jika kita masih punya nurani, kita akan terpukul dengan isinya. Apa yang penting, anda semua cubalah menonton dahulu filem Sepuluh dan nilaikan sendiri..


Punk Rock Jalanan-lagu yang didendangkan oleh anak jalanan ketika meminta sedekah dalam filem ni:-
lirik lain sikit tapi yg ni versi best..
enjoy!!!! hehe


No comments:

Post a Comment